SELAMAT DATANG KE BLOG INI

ANDA MEMASUKI ZON GIMNASTIK ARTISTIK

Wednesday 7 December 2011

GULING HADAPAN

Regangan.
Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap individu yang ingin membuat aktiviti kecergasan bermula dengan regangan. Begitu juga dengan aktiviti gimnastik. Regangan boleh dibuat dalam bentuk regangan statik  mahupun regangan dinamik. Guru pendidikan jasmani memainkan peranan penting dalam membentuk regangan,dengan membimbing murid-murid membuat aktiviti. Bagi murid yang baharu berkenalan dengan sukan ini, guru perlu menunjukkan teknik yang betul membuat regangan. Tanpa regangan yang cukup murid sukar membuat aktiviti yang dikehendaki dan boleh mendatangkan risiko kepada murid. Faktor keselamatan perlu diambil berat oleh guru agar murid rasa selamat semasa melakukan aktiviti.

Bagaimana kita hendak membuat gulingan hadapan?


Guling hadapan adalah aktiviti yang biasa dilakukan oleh murid. Namun begitu kita perlu mengambil kira pengalaman murid dan kebersediaan murid. Bagi murid yang berasa takut atau teragak-agak,guru perlu  menunjukkan teknik yang betul menggunakan konsep ansur maju. Pastikan murid berguling di tempat yang selamat dan sesuai .


Hayunan merupakan proses awal bagi seseorang murid yang ingin membuat gulingan. Hayunan secara mendakap tubuh ( tuck ) boleh memberi momentum apabila murid berguling sama ada ke hadapan atau pun ke belakang. Keadaan ini memberi keyakinan kepada murid untuk meneruskan gulingan.



Apabila murid telah menguasai kemahiran ini guru boleh memulakan proses ansur maju guling depan.

Posisi Berdiri.
Posisi ini merupakan aktiviti rutin dalam sukan gimnastik. Ia menunjukkan murid telah bersedia membuat gerakan. Justeru itu guru perlu memberikan perhatian agar keselamatan murid terkawal.

Pandangan Tepi
Pandangan Depan




Mencangkung
Bagi memulakan proses gulingan murid perlu mencangkung . Tapak kaki berada sepenuhnya di atas permukaan bagi mengawal keseimbangan.






Letakkan kedua-dua belah tangan di atas permukaan. Pastikan kedua-dua tangan mempunyai kekuat yang seimbang. Kegagalan mengawal keseimbangan boleh menyebabkan gulingan menjadi tidak lurus.




Setelah murid bersedia, rapatkan dagu ke arah dada.Bulatkan belakang badan bagi memudahkan proses gulingan. Jengketkan kaki bagi menambah ketinggian sebelum gulingan.





Angkat punggung  lebih tinggi daripada aras bahu. Pastikan dagu kekal rapat dibahagian dada. Guru boleh membantu murid dengan memegang belakang punggung dan bahagian belakang leher. Guru boleh menolak  ke hadapan bagi memberi momentum kepada murid semasa gulingan.






Semasa berguling pastikan kekuatan adalah seimbang. Kegagalan murid mengimbang tangan menyebabkan gulingan menjadi tidak lurus.



Posisi selepas gulingan. Murid perlu mengekalkan kedudukan tangan dihadapan bagi mengekalkan momentum untuk memudahkan berdiri semula.

Kedudukan tangan yang seimbang
Kedudukan tangan yang betul


















Murid berguling dari aras yang lebih tinggi dari permukaan.

 Bagi melancarkan pergerakan guling depan, murid boleh memulakan gulingan dari tempat yang tinggi  ke tempat yang lebih rendah.