SELAMAT DATANG KE BLOG INI
ANDA MEMASUKI ZON GIMNASTIK ARTISTIK
Thursday, 8 December 2011
Wednesday, 7 December 2011
GULING HADAPAN
Regangan.
Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap individu yang ingin membuat aktiviti kecergasan bermula dengan regangan. Begitu juga dengan aktiviti gimnastik. Regangan boleh dibuat dalam bentuk regangan statik mahupun regangan dinamik. Guru pendidikan jasmani memainkan peranan penting dalam membentuk regangan,dengan membimbing murid-murid membuat aktiviti. Bagi murid yang baharu berkenalan dengan sukan ini, guru perlu menunjukkan teknik yang betul membuat regangan. Tanpa regangan yang cukup murid sukar membuat aktiviti yang dikehendaki dan boleh mendatangkan risiko kepada murid. Faktor keselamatan perlu diambil berat oleh guru agar murid rasa selamat semasa melakukan aktiviti.
Bagaimana kita hendak membuat gulingan hadapan?
Guling hadapan adalah aktiviti yang biasa dilakukan oleh murid. Namun begitu kita perlu mengambil kira pengalaman murid dan kebersediaan murid. Bagi murid yang berasa takut atau teragak-agak,guru perlu menunjukkan teknik yang betul menggunakan konsep ansur maju. Pastikan murid berguling di tempat yang selamat dan sesuai .
Hayunan merupakan proses awal bagi seseorang murid yang ingin membuat gulingan. Hayunan secara mendakap tubuh ( tuck ) boleh memberi momentum apabila murid berguling sama ada ke hadapan atau pun ke belakang. Keadaan ini memberi keyakinan kepada murid untuk meneruskan gulingan.
Apabila murid telah menguasai kemahiran ini guru boleh memulakan proses ansur maju guling depan.
Posisi Berdiri.
Posisi ini merupakan aktiviti rutin dalam sukan gimnastik. Ia menunjukkan murid telah bersedia membuat gerakan. Justeru itu guru perlu memberikan perhatian agar keselamatan murid terkawal.
Pandangan Tepi |
Pandangan Depan |
Mencangkung |
Bagi memulakan proses gulingan murid perlu mencangkung . Tapak kaki berada sepenuhnya di atas permukaan bagi mengawal keseimbangan.
Letakkan kedua-dua belah tangan di atas permukaan. Pastikan kedua-dua tangan mempunyai kekuat yang seimbang. Kegagalan mengawal keseimbangan boleh menyebabkan gulingan menjadi tidak lurus.
Setelah murid bersedia, rapatkan dagu ke arah dada.Bulatkan belakang badan bagi memudahkan proses gulingan. Jengketkan kaki bagi menambah ketinggian sebelum gulingan.
Angkat punggung lebih tinggi daripada aras bahu. Pastikan dagu kekal rapat dibahagian dada. Guru boleh membantu murid dengan memegang belakang punggung dan bahagian belakang leher. Guru boleh menolak ke hadapan bagi memberi momentum kepada murid semasa gulingan.
Semasa berguling pastikan kekuatan adalah seimbang. Kegagalan murid mengimbang tangan menyebabkan gulingan menjadi tidak lurus.
Posisi selepas gulingan. Murid perlu mengekalkan kedudukan tangan dihadapan bagi mengekalkan momentum untuk memudahkan berdiri semula.
Kedudukan tangan yang seimbang |
Kedudukan tangan yang betul |
Murid berguling dari aras yang lebih tinggi dari permukaan. |
Bagi melancarkan pergerakan guling depan, murid boleh memulakan gulingan dari tempat yang tinggi ke tempat yang lebih rendah.
Monday, 31 October 2011
ACARA DALAM GIMNASTIK ARTISTIK
Dalam sukan gimnastik artistik terdapat enam acara dipertandingkan bagi ginmas lelaki. Empat acara wajib manakala 2 acara sukarela. Berikut saya senaraikan acara lelaki.
Acara Wajib:
1. Senaman Lantai ( Floor Exercise )
2. Melombol ( Vault )
3.Palang Sejajar ( Pararel Bar )
4. Kekuda Berpelana ( Pomel Horse )
Acara Sukarela
5. Gelang ( Ring )
6. Palang Tunggal ( High Bar )
Bagi acara wanita pula terdapat empat acara dan ia merupakan acara wajib.
1. Senaman Lantai ( Floor Exercise )
2. Melombol ( Vault )
3. Batang Titian ( Balance Bim )
4. Palang Bertingkat ( Uneven Bar )
Acara Wajib:
1. Senaman Lantai ( Floor Exercise )
2. Melombol ( Vault )
3.Palang Sejajar ( Pararel Bar )
4. Kekuda Berpelana ( Pomel Horse )
Acara Sukarela
5. Gelang ( Ring )
6. Palang Tunggal ( High Bar )
Bagi acara wanita pula terdapat empat acara dan ia merupakan acara wajib.
1. Senaman Lantai ( Floor Exercise )
2. Melombol ( Vault )
3. Batang Titian ( Balance Bim )
4. Palang Bertingkat ( Uneven Bar )
Tuesday, 25 October 2011
Gimnastik Di Malaysia
Gimnastik telah diajar di sekolah-sekolah dan Institut Pendidikan Guru melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani sejak penubuhannya.Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol.Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid lelaki sahaja.Pertandingan murid perempuan hanya dapat dipertandingkan pada tahun1980 sahaja.
Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan pada hari kebangsaan dan temasya sukan sekolah.Malangnya sukan ini masih belum disertai oleh semua negeri di Malaysia. Kini gimnastik mula bersinar semula. Pembabitan jurulatih tempatan dari kalangan guru dan pengambilan jurulatih asing memberikan nafas baru buat sukan gimnastik.Jika sebelum ini gimnastik tidak dikenali secara meluas dan setiap pertandingan hanya disertai gimnas terlibat sahaja,namun kini sukan ini kian popular. Kewujudan Pusat Latihan Daerah di negeri-negeri seluruh Malaysia telah membantu perkembangan sukan gimnastik. Pertandingan bermula di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Malah kini Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS ) telah mengorak langkah membentuk dan membimbing gimnas baru untuk menyertai sukan ini.
Monday, 24 October 2011
PENDAHULUAN
Sejak kebelakangan ini, minat terhadap sukan gimnastik di negara ini kian merosot. Biarpun pencapaian Malaysia pada Sukan Komanwel 1998 agak memberangsangkan namun kini keadaan menjadi semakin suram. Prestasi terumbang ambing sering dipamerkan oleh gimnas negara yang dilanda kemelut kecederaan dan kejurulatihan.Blog ini dihasilkan bagi membantu guru-guru memperkembangkan kemahiran-kemahiran asas gimnastik secara ansur maju dan memahami teknik perlaksanaannya.Sukan tergolong dalam kelompok gimnastik adalah artistik, gimrama, gimnastik pendidikan,gimnasrada dan trampolin.Blog ini hanya terarah kepada GIMNASTIK ARTISTIK.
Sukan gimnastik mula berkembang sejak 2000 tahun dahulu dan amat berhubung kait dengan peradaban manusia.Bermula dengan senaman beramai-ramai yang diamalkan oleh masyarakat China bagi tujuan keagamaan.Kemudian legasi itu dituruti oleh orang India dan Persia. Akhirnya orang Greek menamakan pergerakan ini sebagai gimnastik dan tempat melakukan senaman beramai-ramai disebut gimnasium. Di Malaysia ,sukan gimnastik berkembang dengan pesat di Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang. Bagi negeri lain sukan ini masih belum berkembang secara menyeluruh. Persatuan Gimnastik Malaysia ( MGF) bertanggungjawab menperkembangkan sukan ini selari dengan matlamat Majlis Sukan Negara.
PENGENALAN
Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan selamat datang ke blog saya. Saya akan membawa guru-guru untuk mendalami sukan gimnastik. Tidak dinafikan sukan gimnastik dianggap salah satu sukan yang berbahaya oleh ibu bapa malah guru sendiri berbanding sukan-sukan lain. Saya tidak akan menafikannya,namun akan cuba untuk mengubah persepsi tuan-tuan terhadap sukan ini. Setiap sukan mempunyai tahap kecenderungan cedera yang berbeza.Justeru itu, harapan saya guru yang mengikuti blog ini tidak melabel sukan gimnastik sebagai sukan yang berbahaya sebelum mendalaminya.
Subscribe to:
Posts (Atom)