SELAMAT DATANG KE BLOG INI

ANDA MEMASUKI ZON GIMNASTIK ARTISTIK

Monday, 31 October 2011

ACARA DALAM GIMNASTIK ARTISTIK

Dalam sukan gimnastik artistik terdapat enam acara dipertandingkan bagi ginmas lelaki. Empat acara wajib manakala 2 acara sukarela. Berikut saya senaraikan acara lelaki.
Acara Wajib:
1. Senaman Lantai ( Floor Exercise )
2. Melombol ( Vault )
3.Palang Sejajar ( Pararel Bar )
4. Kekuda Berpelana ( Pomel Horse )

Acara Sukarela
5. Gelang ( Ring )
6. Palang Tunggal ( High Bar )

Bagi acara wanita pula terdapat empat acara dan ia merupakan acara wajib.
1. Senaman Lantai ( Floor Exercise )
2. Melombol ( Vault )
3. Batang Titian ( Balance Bim )
4. Palang Bertingkat ( Uneven Bar )

Tuesday, 25 October 2011

Gimnastik Di Malaysia

Gimnastik telah diajar di sekolah-sekolah dan Institut Pendidikan Guru melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani sejak penubuhannya.Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol.Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid lelaki sahaja.Pertandingan murid perempuan hanya dapat dipertandingkan pada tahun1980 sahaja.
Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan pada hari kebangsaan dan temasya sukan sekolah.Malangnya sukan ini masih belum disertai oleh semua negeri di Malaysia. Kini gimnastik mula bersinar semula. Pembabitan jurulatih tempatan dari kalangan guru dan pengambilan jurulatih asing memberikan nafas baru buat sukan gimnastik.Jika sebelum ini gimnastik tidak dikenali secara meluas dan setiap pertandingan hanya disertai gimnas terlibat sahaja,namun kini sukan ini kian popular. Kewujudan Pusat Latihan Daerah di negeri-negeri seluruh Malaysia telah membantu perkembangan sukan gimnastik. Pertandingan bermula di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Malah kini Sukan Prestasi Tinggi Sekolah  (SPTS ) telah mengorak langkah membentuk dan membimbing gimnas baru untuk menyertai sukan ini.

Monday, 24 October 2011

PENDAHULUAN

 Sejak kebelakangan ini, minat terhadap sukan gimnastik di negara ini  kian merosot. Biarpun pencapaian Malaysia pada Sukan Komanwel 1998 agak memberangsangkan namun kini keadaan menjadi semakin suram. Prestasi terumbang ambing sering dipamerkan oleh gimnas negara  yang dilanda kemelut kecederaan dan kejurulatihan.Blog ini dihasilkan bagi membantu guru-guru memperkembangkan kemahiran-kemahiran asas gimnastik secara ansur maju  dan memahami teknik perlaksanaannya.Sukan tergolong dalam kelompok gimnastik adalah artistik, gimrama, gimnastik pendidikan,gimnasrada dan trampolin.Blog ini hanya terarah kepada GIMNASTIK ARTISTIK.
Sukan gimnastik mula berkembang sejak 2000 tahun dahulu dan amat berhubung kait dengan peradaban manusia.Bermula dengan senaman beramai-ramai yang diamalkan oleh masyarakat China bagi tujuan keagamaan.Kemudian legasi itu dituruti oleh orang India dan Persia. Akhirnya orang Greek menamakan pergerakan ini sebagai gimnastik dan tempat melakukan senaman beramai-ramai disebut gimnasium. Di Malaysia ,sukan gimnastik berkembang dengan pesat di Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang. Bagi negeri lain sukan ini masih belum berkembang secara menyeluruh. Persatuan Gimnastik Malaysia ( MGF) bertanggungjawab menperkembangkan sukan ini selari dengan matlamat Majlis Sukan Negara.

PENGENALAN

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan selamat datang ke blog saya. Saya akan membawa guru-guru untuk mendalami sukan gimnastik. Tidak dinafikan sukan gimnastik dianggap salah satu sukan yang berbahaya oleh ibu bapa malah guru sendiri berbanding sukan-sukan lain. Saya tidak akan menafikannya,namun akan cuba untuk mengubah persepsi tuan-tuan terhadap sukan ini. Setiap sukan mempunyai tahap kecenderungan cedera yang berbeza.Justeru itu, harapan saya guru yang mengikuti blog ini tidak melabel sukan gimnastik sebagai sukan yang berbahaya sebelum mendalaminya.