SELAMAT DATANG KE BLOG INI

ANDA MEMASUKI ZON GIMNASTIK ARTISTIK

Monday, 24 October 2011

PENDAHULUAN

 Sejak kebelakangan ini, minat terhadap sukan gimnastik di negara ini  kian merosot. Biarpun pencapaian Malaysia pada Sukan Komanwel 1998 agak memberangsangkan namun kini keadaan menjadi semakin suram. Prestasi terumbang ambing sering dipamerkan oleh gimnas negara  yang dilanda kemelut kecederaan dan kejurulatihan.Blog ini dihasilkan bagi membantu guru-guru memperkembangkan kemahiran-kemahiran asas gimnastik secara ansur maju  dan memahami teknik perlaksanaannya.Sukan tergolong dalam kelompok gimnastik adalah artistik, gimrama, gimnastik pendidikan,gimnasrada dan trampolin.Blog ini hanya terarah kepada GIMNASTIK ARTISTIK.
Sukan gimnastik mula berkembang sejak 2000 tahun dahulu dan amat berhubung kait dengan peradaban manusia.Bermula dengan senaman beramai-ramai yang diamalkan oleh masyarakat China bagi tujuan keagamaan.Kemudian legasi itu dituruti oleh orang India dan Persia. Akhirnya orang Greek menamakan pergerakan ini sebagai gimnastik dan tempat melakukan senaman beramai-ramai disebut gimnasium. Di Malaysia ,sukan gimnastik berkembang dengan pesat di Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang. Bagi negeri lain sukan ini masih belum berkembang secara menyeluruh. Persatuan Gimnastik Malaysia ( MGF) bertanggungjawab menperkembangkan sukan ini selari dengan matlamat Majlis Sukan Negara.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment